Sepanjang bulan Ramadan yang lalu, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah mengadakan program Resensi Ramadan sebagai salah satu aktiviti Read@UiTM. Program ini bertujuan untuk menggalakkan staf dan pelajar membaca dan berkongsi bahan bacaan yang dibaca dengan pengguna perpustakaan yang lain. Selain itu, program ini dijalankan untuk mempergiat aktiviti galakan membaca dalam kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga UiTM.
Program Resensi Ramadan ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UiTMCPP. Mereka mengulas buku-buku yang dibaca melalui rakaman video yang dimuat naik ke laman sosial PTAR UiTMCPP seminggu sekali sepanjang bulan Ramadan, bermula 4 April hingga 20 April 2023. Semua video resensi tersebut boleh ditonton di akaun TikTok ptaruitmcpp.
Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan