YBhg. Datuk Naib Canselor telah bersetuju melantik YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa mulai 3 April 2023 hingga ketetapan baharu dibuat.
Pemakluman mengenai perkara ini telah dilakukan menerusi hantaran emel bertarikh 4 April 2023, jam 2:24 minit petang oleh Korporat Perpustakaan UiTM kepada seluruh warga UiTM.
Ketua Pustakawan UiTM YBrs. Encik Jamalludin bin Haji Sulaiman telah mula bercuti pada 3 April 2023 hari Isnin sehingga tarikh persaraan beliau pada 15 Mei 2023.
Seluruh warga Perpustakaan UiTM mengucapkan Selamat Menjalankan Tugas buat Tuan Ts Hj Azizi Hj. Jantan.
