20 Mac 2023, Isnin – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Taklimat Perpustakaan: Fundamental of Information Literacy Program bagi pelajar Ijazah lepasan diploma sempena pendaftaran pelajar baharu. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Kuliah 2, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, dibantu oleh Puan Roslinah Harun, Pembantu Pustakawan Kanan dan Cik Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Seramai 139 orang pelajar telah terlibat dalam taklimat tersebut.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital, kemudahan perpustakaan yang disediakan untuk pengguna, mobile apps, sistem perpustakaan yang digunakan, teknik pencarian maklumat dan etika semasa menulis, dan sebagainya kepada para pelajar baharu di UiTM Cawangan Melaka.
Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya.
Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan sedang memberi taklimat kepada pelajar baharu
Pelajar sedang mendengar taklimat
Sekitar taklimat sedang dijalankan
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Cawangan Melaka