Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Pada 5hb April 2023 bertempat di Ruang legar Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan, telah menjalankan satu Program Wakaf Buku. Program ini dijalankan serentak dengan Program Mutiara Ramadhan iaitu pada tarikh dan waktu yang sama. Sebanyak 200 buku yang diserahkan kepada Perpustakaan Kejuruteraan secara peribadi dari penyumbang yang terdiri dari warga Kolej Pengajian Kejuruteraan dan staf Perpustakaan Kejuruteraan sendiri telah dipamerkan pada hari tersebut untuk tujuan wakaf. Bahan tersebut terdiri dari buku-buku Novel, buku akademik dan buku motivasi.
Sambutan keatas program ini adalah amat menggalakkan dimana terdapat pelajar yang teruja mendapat bahan akademik yang bersesuaian dengan program mereka tanpa mereka perlu membeli bahan tersebut. Kebanyakan buku akademik diwakafkan oleh pensyarah terutama pensyarah yang akan bersara sebagai salah satu bentuk amal jariah mereka.
Mudah-mudahan Program sebegini dapat memberi manfaat berterusan kepada warga Kolej Pengajian Kejuruteraan dan Warga Universiti. Perpustakaan Kejuruteraan akan terus mempromosi buku-buku wakaf ini didalam program perpustakaan yang bersesuaian dimasa akan datang.