7 April 2023, Jumaat, – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Sri Mendapat dan Sekolah Air Baruk, Melaka. Seramai 14 orang pelajar sekolah rendah dan 4 orang guru pengiring telah terlibat dalam lawatan ini. Pelajar telah dibawa melawat ke ruangan Kaunter Utama PTAR Jasin, Unit Penyelidikan, Pembelajaran & Rujukan, Aras 2 dan Unit IT, Aras 3 yang diiringi oleh En Shafiq Snin, Pembantu Pustakawan Kanan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut membantu dalam lawatan ini.
Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka








Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin