TAKLIMAT PTAR: CELIK MAKLUMAT & PERKHIDMATAN DIGITAL

24 Februari 2023, Jumaat- Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Taklimat PTAR: Celik Maklumat dan Perkhidmatan Digital bersama Pelajar Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawif, selaku rakan kolaborasi UiTM Cawangan Melaka. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dan bermula seawal 9.30 pagi. Seramai 37 orang pelajar dan seorang pengajar telah terlibat dalam taklimat tersebut. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Tujuan utama taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan perkhidmatan perpustakaan digital, mobile app, portal MyKM, pencarian bahan melalui Web OPAC, program atau aktiviti yang dijalankan di PTAR dan sebagainya kepada para pelajar. Pelajar juga telah dibawa melawat ke ruangan Kaunter Utama PTAR, Aras 1, Unit Digital dan Unit SAC.

Terima kasih diatas kesudian pengajar bersama pelajar membuat taklimat di PTAR UiTM. Semoga dengan adanya taklimat seperti ini dapat memenuhi objektif yang telah dijadualkan serta mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply