Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Sains & Teknologi bersama Kolej Pengkomputeran, Informatik & Media UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Live@PTAR Segmen Bicara Ilmu – Pasca PhD: Pengalaman Fulbright Visiting Scholar & PostDoc pada 17 Mac 2023 (Jumaat) jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Objektif bagi program ini adalah bertujuan untuk:
- Membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan galakan membaca.
- Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan UiTM dengan usaha-usaha pembudayaan ilmu.
- Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.
Program ilmiah ini dikongsikan oleh panel jemputan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Norhaslinda Kamaruddin yang merupakan Pensyarah Kanan Kolej Pengkomputeran, Informatik & Media UiTM Shah Alam dan Dr. Ratna Zuarni Ramli yang merupakan Pensyarah Kanan Kolej Pengkomputeran, Informatik & Media UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban.
Sesi ini adalah perkongsian pengalaman kedua-dua panel bagi program yang diikuti. Seramai 421 viewers hadir menyertai program ini yang bersiaran selama 1 jam 30 minit melalui plafform Youtube Perpustakaan UiTM.

Pautan Youtube Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=MTSUOGdbjCw
Semoga program ini memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.
