9 Mac 2023, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Pengurusan Dokumen Kualiti PTAR UiTM bersama staf PTAR UiTM Cawangan Melaka (Fasa 1), terdiri dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin. Bengkel ini dijalankan secara bersemuka di Ruang Bacaan Level 1, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Pada sesi kali ini, disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, dan dibantu oleh Puan Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Terima kasih diucapkan kepada staf PTAR UiTM Cawangan Melaka kerana telah memberikan komitmen sehingga bengkel tamat.
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka