Bengkel Penulisan Dokumen Kualiti Perpustakaan

Pada 12 dan 13 Mac 2023, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCK Kampus Machang telah mengadakan Bengkel Pengurusan Dokumen Kualiti yang dihadiri oleh pegawai dan staf pelaksana PTA. Bengkel ini telah diadakan selama dua hari dengan menggunakan medium bersemuka di Bilik IT, Perpustakaan Tengku Anis (PTA).

Bengkel ini adalah merupakan satu inisiatif PTA dalam menyiapkan penulisan dokumen kualiti perpustakaan seperti mana arahan daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Shah Alam. Melalui Pelan Strategik Perpustakaan 2020-2025, Bahagian Pentadbiran Organisasi dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik PTAR Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam telah menetapkan semua cawangan perlu mengamalkan dokumen kualiti perpustakaan dan memenuhi keperluan Piawaian ISO 9001:2015 dalam Klausa 7.5 – Maklumat yang didokumenkan.

Objektif bengkel ini adalah untuk memastikan dokumen kualiti PUiTM memenuhi keperluan Piawaian ISO 9001:2015 dalam Klausa 7.5 – maklumat yang didokumenkan, menyemak dan mengemaskini dokumen polisi, prosedur dan arahan kerja perpustakaan cawangan serta untuk membuat pindaan dokumen polisi, prosedur dan arahan kerja berdasarkan perubahan proses kerja dan norma baharu.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply

© Buletin IQRA 2024 | Designed by PixaHive.