Program “Share What You Read! From Our Best Sellers @Perpustakaan Al-Bukhari” telah berlangsung pada 14 Oktober 2022 hingga 30 Oktober 2022. Tujuan utama program ini bertujuan untuk memberi galakkan kepada para pelajar untuk meminjam dan membaca bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan. Selain itu, program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan membaca, serta bahan koleksi perpustakaan yang tersedia untuk kegunaan para pelajar sepanjang pembelajaran meraka di UiTM Cawangan Pahang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang untuk Program “Share What You Read! From Our Best Sellers @Perpustakaan Al-Bukhari”.
Semoga program ini dapat memberi impak dan input berguna buat para pelajar.
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan