Merdeka Fun Kids!

Program jalinan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari dengan Pusat Sumber SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA PUSAT 2 diteruskan lagi dengan Program Merdeka Fun Kids yang telah diadakan pada 02 September 2022 bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari 1, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, bersempena sambutan bulan Kemerdekaan peringkat UiTM Cawangan Pahang.

Program ini telah disertai oleh pengawas Pusat Sumber Sekolah dengan diiringi oleh guru-guru Pusat Sumber iaitu Ustazah Marina dan Ustazah Rosniza. Program ini sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bekerjasama dalam kumpulan serta memupuk sifat berdaya saing dalam kalangan pelajar seawal bangku sekolah lagi.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah “Explore & Discover!”, “Show Your Patriotism in You!” dan “It’s Education Time!”. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar juga telah dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada staf Perpustakaan Al-Bukhari.

Semoga Program Merdeka Fun Kids ini dapat memberi manfaat buat para pelajar seterusnya dapat melahirkan individu yang patriotik dan berilmu pengetahuan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education serta Sustainable Development Goals (SDG) 17:Partnership of The Goals.

Gambar sepanjang program boleh klik disini: https://pahang.library.uitm.edu.my/merdeka-funkids

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply