Program CSR SMK Hamzah: Intai Ilmu @PTA

12 Oktober 2022, Rabu – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan Program CSR SMK Hamzah: Intai Ilmu @PTA yang bertempat di Aras Satu PTA bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.15 petang. Program CSR ini merupakan program kerjasama antara PTA dan SMK Hamzah, Machang yang melibatkan seramai 107 orang pelajar Tingkatan Enam Bawah.

Program ini adalah merupakan satu inisiatif PTA dalam pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan atau wakaf ilmu yang melibatkan komuniti setempat untuk menyemarakkan semangat belajar sehingga ke menara gading serta mendedahkan pelajar kepada suasana pembelajaran di IPTA khususnya dalam pencarian maklumat.

Antara objektif program ini adalah:

  1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerjaya.
  2. Membantu pelajar untuk melihat sendiri cara pembelajaran, kemudahan dan infrastruktur yang ada di university.
  3. Menguasai kemahiran mengakses kemudahan yang disediakan di perpustakaan dan IPTA.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah:

  1. Library Tour

Aktiviti library tour dikendalikan oleh beberapa orang staf PTA serta dibantu oleh lima orang pelajar latihan industri PTA. Aktiviti ini dijalankan untuk memperkenalkan PTA kepada para pelajar dari segi suasana, koleksi yang terdapat di PTA, perkhidmatan yang disediakan, kemudahan fasiliti dan lain-lain.

2. Taklimat Perpustakaan Digital

Taklimat ini disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA yang memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai perpustakaan digital yang disediakan seperti Library Mobile Apps, pengenalan kepada PTA serta pengenalan mengenai kerjaya pustakawan dan lain-lain.

3. Taklimat Searching Strategy Technique (Open Source / Online Database/ e-Book)

Taklimat Searching Strategy Technique (Open Source / Online Database/ e-Book) disampaikan oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Pustakawan Kanan PTA. Taklimat ini memberi pendedahan kepada teknik pencarian maklumat yang betul kepada pelajar. Pencarian maklumat yang betul dan berkesan adalah penting  untuk memastikan mendapat maklumat yang tepat,  cepat dan efektif.

4. Taklimat Citation (APA) – Microsoft Office (Word)

Taklimat Citation (APA) – Microsoft Office (WORD) pula disampaikan oleh Dr Muslim Ismail@Ahmad, Pustakawan Kanan PTA. Taklimat ini adalah untuk mengajar serta membantu pelajar untuk membuat citation yang mudah dan betul menggunakan Microsoft Office (Word).

5. LDK (Aktiviti Berkumpulan / Infohunt)

Aktiviti yang terakhir ada aktiviti berkumpulan iaitu latihan dalam kumpulan (LDK) dimana pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan yang dibantu oleh seorang fasilitator setiap kumpulan. Fasilitator yang dilantik adalah beberapa orang staf PTA dan pelajar latihan industri PTA.

Penutupan program diakhiri dengan ucapan daripada Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA dan wakil daripada SMK Hamzah, Encik Chew Chun Bee. Seterusnya sesi penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah dan hadiah kepada semua kumpulan.

Program ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak SMK Hamzah dan mereka berhasrat untuk kerjasama lagi dengan PTA bagi menganjurkan program sebegini pada masa akan datang. Pihak PTA berharap dengan penganjuran program ini dapat menyokong pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan yang sihat bukan sahaja kepada staf perpustakaan PTA malah kepada semua komuniti setempat dalam pelbagai bidang khususnya pelajar sekolah tersebut.

Gambar kenang-kenangan warga PTA bersama guru dan pelajar-pelajar SMK Hamzah

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply