Pada 12 September 2022, Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. Encik Jamalludin Haji Sulaiman diiringi oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah membuat Lawatan Kerja ke PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.
Objektif utama lawatan kerja tersebut adalah untuk membincangankan aspirasi universiti ke arah matlamat sebagai Universiti Tersohor pada tahun 2025.
Diketuai Ketua Perpustakaan PTAR Cawangan Negeri Sembilan iaitu Puan Jamilah Md Yusoff, rombongan lawatan juga diberi taklimat pencapaian PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Rombongan mengakhiri lawatan dengan sesi fotografi bersama Ketua Pustakawan UiTM dan seterusnya bertolak ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Kuala Pilah pada jam 12.30 petang.