Taklimat Susulan Special Collection Integrated System (SCIS)

Pada Khamis, 22 September 2022, jam 10.00 pagi bertempat di Pusat IT, Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Perpustakaan Sains & Teknologi Tun Abdul Razak telah melaksanakan satu taklimat susulan berkaitan Special Collection Integrated System (SCIS).

Taklimat ini disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Rizana Mohd Radwan dan turut dibantu oleh Puan Nor Hafizah Md Hanafiah. Taklimat yang berlangsung selama 2 jam ini dihadiri oleh pegawai pelaksana dari kedua buah perpustakaan terbabit.

Taklimat ini adalah susulan bagi memantapkan lagi penerangan dan menyebar-luas maklumat berkaitan penggunaan sistem SCIS di perpustakaan. Sebagai makluman, Special Collection Integrated System adalah merupakan inisiatif daripada projek KIK kumpulan i-Clique pada tahun 2018 yang telah berjaya meraih Anugerah Emas (Gold Award) 3 Bintang di APQO International ACE Team Awards Competition (Stars Award)  & International Quality and Productivity Convention (IQPC) 2019.

Diharapkan dengan penggunaan SCIS ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh staf dan pengunjung perpustakaan dan memudahkan pengurusan bagi bahan koleksi khas di perpustakaan.

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply