HARI BERTEMU PELANGGAN UiTM JOHOR

HARI BERTEMU PELANGGAN UiTM JOHOR 2022 adalah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran. Program ini dijalankan secara atas talian yang melibatkan kerjasama dan penyertaan hampir keseluruhan bahagian di UiTM Johor.

Perpustakaan Tun Dr. Ismail menjadi pembuka bagi program Hari Bertemu Pelanggan ini. Sesi yang diberikan adalah pada 27 Jun 2022 iaitu hari Isnin jam 8:45 pagi. Setiap sesi diberikan 2 jam dan pengisian sesi itu adalah mengikut bahagian masing-masing.

Taklimat PTDI ini dimulakan dengan pengenalan jabatan oleh Cik Nor Azelea Mohd Azahar dan seterusnya disambung pula oleh Puan Siti Rozana Mat Sanat mengenai pengenalan kepada sistem perpustakaan dan pengenalan kepada sistem elektronik PTAR. Tajuk seterusnya pula adalah mengenai cara menggunakan pangkalan data atas talian dan e-Book yang disampaikan oleh Cik Nor Azelea Mohd Azahar.

Rata-rata peserta untuk sesi PTDI sangat berpuas hati terhadap maklumat yang disampaikan disamping sedikit hands-on untuk cara-cara menggunakan pangkalan data atas talian dan e-Book. Diakhir sesi bersama PTDI, peserta diberikan e-Sijil.

Meminta peserta untuk subscribe media sosial PTDI

Disediakan oleh: Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply