LIVE@PTAR | BICARA PAKAR : Apa yang Perlu? Anda Sebagai Pengurus Maklumat dan Pengetahuan.

Pada 24 Jun 2022 (Jumaat), Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah mengadakan program siaran langsung Bicara Pakar yang bertajuk Apa yang Perlu? Anda Sebagai Pengurus Maklumat dan Pengetahuan.

Program ini telah menjemput dua (2) orang panel iaitu,  Y.Brs. Prof. Madya Dr. Masitah Ahmad Profesor Madya, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dan En. Syaiful Hisyam Saleh, Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Bicara Pakar ini telah dikendalikan oleh Pelajar Latihan Industri Cik Aisya Fariha Mohd Hud selaku moderator program.

Antara perkongsian utama yang disampaikan panel jemputan adalah berkenaan, pendedahan isu-isu berkaitan dengan topik-topik baru dalam pengurusan dan pentadbiran Perpustakaan dalam abad ke-21, terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi, Digital dan “Virtual Reality” dalam negara kita sangat wajar diketengahkan. Salah satu dari topik yang sedang hangat diperkatakan di kalangan masyarakat adalah berkaitan dengan topik “Data Science” serta “Data Steward” atau Pelayan Data.

Program ini juga mengupas dengan lebih lanjut tentang keperluan serta kesediaan setiap warga PTAR dalam menghadapi keperluan tersebut. Matlamat utama program ini adalah bagi memastikan warga PTAR khususnya dan masyarakat UiTM amnya bersiap sedia dalam menghadapi cabaran perubahan tersebut.

Program ini telah menggunakan Medium : Cisco Webex
Pautan https://nsembilan.library.uitm.edu.my/

Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply