Bicara Buku Defamation Law: Malaysian Perspectives

Bicara Buku Kerjasama PTAR Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang

Panel: Dr. Irini Ibrahim, Dr. Norazlina Abdul Aziz, Puan Mazlina Mangsor

Moderator: Dr Ahmad Ridhwan Abd Rani

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=X6VBD3hRFrE

Program ini telah diadakan secara live melalui Youtube dan Facebook Perpustakaan UiTM. Bicara Buku ini adalah salah satu program Galakan Membaca Read@UiTM untuk semua warga UiTM dan masyarakat luar. Objektif program Bicara Buku ini untuk membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan galakan membaca, meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan Tun Abdul Razak dari usaha-usaha pembudayaan ilmu dan menjadi pusat kecemerlangan bagi program sebegini.

Buku yang ditulis oleh tiga pensyarah hebat Fakulti Undang-Undang, UiTM ini bagi berkongsi ilmu dengan semua pembaca dari segenap lapisan masyarakat. Bagi isu hak privasi, penulis menerangkan undang-undang berkaitan yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang bagi melindungi hak privasi orang lain. Penulisan yang disampaikan dalam buku ini lebih mudah difahami untuk pembaca yang bukan dari bidang undang-undang.

Dapatkan bahan ini daripada koleksi perpustakaan kami.

Nur Azian Azis PUU Shah Alam

Leave a Reply