Program Open Day PTAR Kampus Seremban

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah mengadakan Program Open Day PTAR pada 14 dan 15 Jun 2022.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Derma Darah, Booth Pameran, Sembang Santai@PTAR, pelbagai permainan serta cabutan bertuah kepada pengunjung. Di samping itu, program ini juga turut disertai oleh agensi badan kerajaan, pihak swasta, Fakulti Sains pentadbiran & Pengajian Polisi, (FSPPP), Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) & Fakulti Sains Sukan (FSR) dan Persatuan pelajar.

Penglibatan Pelajar Di Dalam Aktiviti Derma Darah.
Fakulti Sains pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP)

Fakulti Sains Sukan (FSR)
Pejabat Kesihatan Daerah, Daerah Seremban.
SWM Environment Sdn Bhd.

Paling menarik PTAR Kampus Seremban buat julung kalinya membuka booth Penjilidan Memo Pad. Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan teknik penjilidan Memo Pad. Para pengunjung  berpeluang untuk mencuba teknik Penjilidan dan membawa pulang memo pad.

Demo Penjilidan Memo Pad Oleh Pembantu Pemuliharaan, Encik Bob Khairi Razali.

Program yang dijalankan selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Hadiah menarik turut disediakan kepada para pemenang. Semoga dengan adanya Program Open Day PTAR seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya dalam memberi pendedahan mengenai bahan bacaan yang boleh didapati di perpustakaan dan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PTAR Kampus Seremban.

Penyampaian Hadiah Oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Jamilah Md Yusoff.
Penyampaian Hadiah Oleh Pustakawan Kanan, Encik Mohd Aizat Abd Halim.

Terima kasih kepada semua pelajar yang telah menyertai program anjuran PTAR Kampus Seremban ini dan tahniah kepada para pemenang.

Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply