Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI)

PTAR amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), UiTM pada 3 Jun 2022 (Jumaat) jam 9.30 pagi bersempena program Library Outreach@PTAR.
Seramai enam (6) orang perwakilan BHEI yang diketuai oleh Timbalan Pengarah 1, YBrs. Ustaz Mohd Azri Aripin telah hadir di dalam program yang berlangsung selama dua jam ini.
Program yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Aras 1, PTAR telah membariskan Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian PTAR menyampaikan taklimat berkaitan perkhidmatan dan sumber maklumat terkini yang disediakan oleh PTAR.

Seramai empat orang Ketua Jabatan PTAR telah meyampaikan taklimat mengikut skop jabatan. Taklimat dimulai oleh Encik Jamalludin Hj. Sulaiman menyampaikan taklimat di bawah skop perkhidmatan termasuk Bahagian Penyelidikan dan Rujukan, Ts. Hj. Azizi Jantan menerusi skop Perpustakaan Digital, Encik Ahamad Zuber Mohamed di bawah skop Perolehan Sumber Perpustakaan manakala Encik Ahmad Amiri Mohamad di bawah skop Penyerahan Rekod Penting Universiti.

Antara yang mencuri perhatian perwakilan ialah perkhidmatan Mobile Library, inisiatif pendigitalan, PTAR Books on Wheel, Live@PTAR dan MyKM. Para perwakilan BHEI dan PTAR turut membincangkan mengenai penyerahan dokumen khutbah Jumaat dan program Mobile Library pada hari Jumaat.
Selain menjalinkan hubungan yang lebih erat, program ini bermatlamat meneroka peluang kerjasama agar pembudayaan ilmu menjadi suatu budaya warga universiti.
Program Library Outreach@PTAR akan terus diperkasakan agar maklumat terkini perpustakaan dapat disebarluas di kalangan warga universiti.

Pengurusan PTAR bersama perwakilan BHEI
Penyerahan cenderamata PTAR oleh Encik Jamalludin Sulaiman (kiri) kepada Ustaz Mohd Azri Aripin, Timbalan Pengarah 1, BHEI
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply