Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit PTAR Kampus Alor Gajah

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit anjuran PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini diajurkan sempena Hari Buku Sedunia dan merupakan cara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Program ini telah dijalankan secara serentak di seluruh negara oleh Perpustakaan Awam Negeri, sekolah, institusi pendidikan tinggi, kementerian dan agensi kerajaan, agensi swasta termasuk badan bukan kerajaan pada 21 April 2022 pada jam 11.00 – 11.10 pagi. Pelancaran program teah diadakan di dalam bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Statistik penyertaan adalah sebanyak 200 orang dan peserta terdiri daripada pelajar dan staf UiTM.

Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan bagi membentuk pelajar ke arah membudayakan tabiat membaca. Konsepnya diilhamkan daripada sambuatn Earth Hour di mana dalam program ini, semua peserta tanpa mengiran apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Beberapa pengisian aktiviti telah dijalankan bersempena dengan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini, antaranya seperti :

  1. Program Bedah Buku Bersama 3 Pemenang Peminjam Terbanyak
  2. Pertandingan Online Puzzle
  3. Pertandingan Indoor Games
  4. Kuiz Kahoot
  5. Pertandingan Swa Foto
  6. Program Khidmat Masyarakat : Agihan Juadah Berbuka Puasa

Secara keseluruhannya, program ini sangat bermanfaat serta dapat memupuk minat membac kepada warga UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor gajah, khususnya untuk menggalakkan staf dan pelajar berkunjung ke perpustakaan bagi memeriahkan lagi suasana di PTAR UiTM Cawangan Melaka. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan serta dapat menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti lain yang boleh menyumbang kepada peningkatan statistik pengunjung serta menarik lebih ramai pelajar dan staf untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan serta kemudahan yang ada di perpustakaan.

Disediakan oleh : Pn. Maznah binti Maarof, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Kampus Alor Gajah

Disediakan oleh : Pn Maznah binti Maarof, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply