Tahun 2022 ialah tahun ke tujuh belas (17) PTAR mengamalkan Pensijilan ISO (International Organization for Standardization) dan berjaya mengekalkan pencapaian Audit Bersih terhadap penyampaian Perkhidmatan Perpustakaan.
Sesi audit luar oleh panel LRQA (Lloyd’s Register Quality Assurance) iaitu Tuan Haji Ramli bin Daud telah diadakan pada 17 Mei 2022 hari Selasa bermula jam 09:00 pagi.
Kaedah pengauditan menerusi atas talian ini telah mengaudit skop perkhidmatan perpustakaan di dua lokasi iaitu Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan PTAR Undang-Undang.
Seramai tiga puluh lima orang staf PTAR terlibat dalam proses pengauditan yang meliputi auditee yang terdiri daripada Ahli Pengurusan Eksekutif PTAR, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan dan Jawatankuasa Sistem Audit PTAR.
Menerusi pengauditan kali ini, Tuan Haji Ramli merakamkan sekalung penghargaan atas pencapaian di kedudukan ke-101 UiTM Institutional Repository (UiTM IR) edisi ke-13 Ranking Web of Repositories. Beliau merumuskan bahawa PTAR telah berjaya memberikan perkhidmatan terbaik disamping berjaya menunjukkan inisiatif baharu yang berimpak positif. Seiring dengan halatuju universiti ke arah Globally Renowned University (GRU 2025), Tuan Haji Ramli sangat bersetuju agar PTAR melaksanakan kaji semula SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) agar isu luaran, isu dalaman dan risiko terhadap organisasi dapat dikenalpasti.
Semoga pencapaian ini dapat dijadikan pendorong mengekalkan budaya kerja berkualiti pada masa akan datang.