PROGRAM MINDA LESTARI – LIVE@PTAR UiTMCM SIRI 4/2022 : PENGARUH MEDIA SOSIAL: USAH BERFANTASI, KEMBALI KEPADA REALITI!

PROGRAM MINDA LESTARI – LIVE@PTAR UiTMCM SIRI 4/2022 : PENGARUH MEDIA SOSIAL: USAH BERFANTASI, KEMBALI KEPADA REALITI!
Anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Melaka Dengan Kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka

Program Minda Lestari pada semester ini telah dilaksanakan pada 12 Mei 2022 (Khamis) jam 10.00 pagi.

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan mengenai pengaruh media sosial kepada masyarakat dalam dunia moden hari ini yang sememangnya tidak dapat dinafikan dan dilihat faktor utama antara medium komunikasi penting dalam kehidupan seharian.

Penggunaan Facebook, Instagram, Twitter , Tik Tok dan sebagainya kepada masyarakat semakin meluas dan fungsinya yang pelbagai turut memberi kelebihan untuk sesiapa sahaja menyebarluaskan maklumat atau berkongsi apa sahaja tentang kehidupan seharian.

Media sosial jika digunakan dengan cara yang betul akan memberikan banyak manfaat kepada semua orang dan menjadi sebaliknya apabila disalahgunakan.


Moderator:
Puan Nur Shahira Md Shukor
Pegawai Psikologi Kanan
Unit Kerjaya dan Kaunseling
UiTM Cawangan Melaka

Panel Penceramah:
Ustaz Nik Affendi Mohamad
Penceramah Motivasi/
Selebriti Media Sosial

Seramai 401 orang telah menyertai program ini dan peserta terdiri daripada kakitangan UiTM dan peserta dari agensi luar.

Tangkap layar semasa program sedang berlangsung
Tangkap layar semasa program sedang berlangsung

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply