Live@PTAR- Bicara Bersama Pakar Mata: Glaukoma- Pencuri Senyap Penglihatan

Pada 9 Mac 2022, Rabu, pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak Hospital UiTM dengan kerjasama Jabatan Oftalmologi Hospital UiTM Puncak Alam telah mengadakan program siaran langsung Live@PTAR-Bicara Pakar Bersama Pakar Mata: Glaukoma Pencuri Senyap Penglihatan.

Objektif program adalah untuk membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan galakan membaca, meningkatkan ketampakan (Visibility) Perpustakaan Tun Abdul Razak dari usaha-usaha pembudayaan ilmu, dan menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.

Program ini bersiaran secara langsung di laman sosial Facebook https://bit.ly/3Jfi2YR dan juga Youtube https://bit.ly/3JhnlXz mengupas tentang penyakit mata Glaukoma yang perlu diketahui oleh semua golongan masyarakat. Ianya merupakan penyakit mata yang tanpa disedari boleh menyebabkan kebutaan dan perlu mendapatkan rawatan pakar dengan segera. Justeru, pencegahan awal melalui saringan mata di klinik pakar amat digalakkan terutamanya kepada individu berumur empat puluh (40) tahun ke atas yang berisiko.

Gambar ketika siaran langsung

Program ini juga diadakan bagi menyokong aktiviti program Jabatan Oftalmologi sempena World Glaucoma Week 2022 yang menawarkan aktiviti menarik seperti saringan mata Glaukoma percuma dan Virtual Run. Program bersiaran selama satu (1) jam bermula jam 3.00 petang ini disampaikan oleh panel-panel yang merupakan pakar di Hospital UiTM Puncak Alam iaitu Prof. Madya Dr. Sushil Kumar Vasudevan, Pakar Konsultan Oftalmologi & Glaukoma dan Dr. Azlan Azha Musa, Pakar Oftalmologi & Glaukoma bersama moderator program iaitu Pn. Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan di Hospital UiTM Puncak Alam. Program ini telah memperoleh sebanyak 611 tontonan melalui Facebook dan Youtube. Jumlah tontonan ini dijangka akan bertambah dari masa ke semasa mengikut minat orang ramai yang ingin mengetahui tentang penyakit ini.

Wan Rohani Wan Chin Hospital UiTM

Leave a Reply