Anjuran pelajar kursus KIM120 4A Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah.
Pada 23 Januari 2022 telah berlangsung Program Live@PTAR : Easy Search Easy Reach, anjuran pelajar kursus KIM120 4A Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah yang disiarkan melalui platform Youtube & Facebook Rasmi PSB, UiTM Cawangan Kedah. Program yang berlangsung selama 2 jam ini dijalankan untuk memberikan penjelasan teknik-teknik pencarian bahan atau maklumat di dalam perpustakaan dengan menggunakan koleksi digital yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan kepada pengguna.
Objektif program ini dianjurkan adalah untuk membantu pelajar supaya lebih memahami dengan menggunakan teknik yang betul dalam mendapatkan bahan atau maklumat, bagi membantu para pelajar menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat dengan menggunakan koleksi yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan. Di antara topik-topik yang telah dijelaskan adalah seperti Online Public Access (OPAC), Myknowledge Management (MYKM), dan Online Database yang disediakan oleh perpustakaan untuk kegunaan para pelajar.
Program ini telah berjaya mendapat sebanyak 941 tontonan menerusi platform YouTube Live sepanjang program siaran langsung ini berjalan.
Speaker :
Puan Noor Azlin Abdullah
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Sultan Badlishah
UiTM Cawangan Kedah
Moderator :
Nursyuhaidah Binti Rozali
Pelajar KIM120 4A
Fakulti Pengurusan Maklumat
UiTM Cawangan Kedah
Program bersiaran langsung di saluran YouTube :
Penulis : Shazmie Huzni Mohd Sidik, Pembantu Pustakawan Kanan
Tangkap layar semasa program sedang bersiaran :