Live@PTAR : A Day With Sultan Badlishah Library

Anjuran pelajar kursus KIM110 5D Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah.

Pada 26 Januari 2022 telah berlangsung Program Live@PTAR : A Day With Sultan Badlishah Library, anjuran pelajar kursus KIM110 5D Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah yang disiarkan melalui platform Youtube & Facebook Rasmi PSB, UiTM Cawangan Kedah. Program yang berlangsung selama 2 jam ini dijalankan untuk memperkenalkan tentang Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah serta kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan kepada pengguna.

Antara topik yang diterangkan ialah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan seperti koleksi bahan bacaan, ruang bacaan, ruang penggunaan komputer, bilik perbincangan, kemudahan cetakan, pinjaman buku dan juga pinjaman akhbar. Selain itu perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan digital bagi memudahkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan, yang boleh di akses melalui laman sesawang rasmi Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan perihal perpustakaan serta mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Program ini telah berjaya mendapat sebanyak 413 tontonan menerusi platform YouTube Live sepanjang program siaran langsung ini berjalan.

Speaker :
Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Sultan Badlishah
UiTM Cawangan Kedah

Moderator :
Farah Nasuha Abdul Hamid
Pelajar KIM110 5D
Fakulti Pengurusan Maklumat
UiTM Cawangan Kedah


Program bersiaran langsung di saluran YouTube :

Penulis : Shazmie Huzni Mohd Sidik, Pembantu Pustakawan Kanan

Tangkap layar semasa program sedang bersiaran :

Perpustakaan Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply