Pada Rabu, 9 Mac 2022, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan kursus dalaman perpustakaan bertajuk Kursus Perolehan Bahan Perpustakaan.
Kursus yang disertai oleh 21 orang peserta daripada Kampus Jengka dan Kampus Raub ini telah dikendalikan oleh Pn. Siti Aishah binti Sadan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Shah Alam secara atas talian melalui platform Cisco Webex Perpustakaan Al-Bukhari.
Objektif utama kursus ini adalah untuk menerangkan secara terperinci proses yang terlibat dalam perolehan bahan perpustakaan.
Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada peserta dalam menguruskan tugasan harian dan mempraktikkan cara kerja yang lebih efisien.
Pelaksanaan kursus ini juga secara tidak langsung menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4; Quality Education dan Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-17; Partnerships For The Goals.
Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan