Kunjungan Hormat Daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Sesi 2021/2022

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya sesi 2021/2022 pada 4 Mac 2022. Kunjungan hormat yang diketuai oleh Yang di-Pertua MPP Mohamad Zulhilmi Abdul Razak, Muhammad Yusuf Zulhasny (Naib Yang di-Pertua ), Liyana Nadhirah Mohd Hasmadi (Setiausaha) dan Natasya Suraya Suffwan (Bendahari) bertujuan memperkenalkan barisan lantikan baru MPP Kampus Bandaraya bagi sesi kali ini.

Dalam pertemuan singkat ini, perbincangan dua hala antara MPP UiTM Kampus Bandaraya dengan pihak PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTAR dan cadangan untuk mengadakan program kerjasama . Secara tidak langsung,hasil daripada perbincangan ini dapat menambah baik mutu perkhidmatan perpustakaan pada masa hadapan. Diharap perjumpaan ini mampu memberikan impak positif kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha meningkatkan mutu dan kepelbagaian perkhidmatan perpustakaan kepada semua warga UiTM Cawangan Melaka khususnya warga Kampus Bandaraya.

Penulis : Siti Haidah Md. Aziz, Pustakawan Kanan

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply