Pameran Maya : Hikayat Melayu Klasik

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah menjalankan pameran maya yang bertajuk “HIKAYAT MELAYU KLASIK’’

Manuskrip Melayu ialah karya yang bertulis tangan terutama dalam tulisan jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal kurun ke 16 sehingga awal kurun ke-20 dalam Bahasa rumpun Melayu mengenai alam dan Ketamadun Melayu. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu merangkumi kepelbagaian bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, kitab agama, perubatan, undang-undang, ketatanegaraan serta azimat dan petua.

Hikayat Melayu Klasik merupakan salah satu bidang kesusteraan Melayu silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.

Pameran maya ini boleh diakses di laman sesawang PTAR UiTM Cawangan Melaka di bahagian Vitual Exhibition

Pautan Pameran Maya:  https://melaka.library.uitm.edu.my/virtual-exhibition/454-hikayatmelayuklasik

Disediakan oleh: Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply