Pameran Maya: Persenjataan Alam Melayu : Sejarah, Warisan dan Budaya

Terbang tinggi si burung Tukang,

Hinggap sebentar di atas dahan

Keris dan pedang bukan sebarang,

Senjata pahlawan zaman-berzaman.

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah menjalankan pameran maya bertajuk “Persenjataan Alam Melayu : Sejarah, Warisan dan Budaya Mengenai KERIS

Keris ialah sejenis senjata tikam bermata dua secara umumnya digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Di dalam Alam Melayu terdapat pelbagai senjata yang dihasilkan dan digunakan oleh orang Melayu. Keris merupakan satu senjata yang paling popular dan dikaitkan dengan etnik Melayu. Kisah kepahlawanan Laksamana Hang Tuah dan Keris Tamingsari serta penonjolan penggunaan keris dalam pementasan bangsawan, filem-filem Melayu lama. Penggunaan keris sebagai alat kebesaran diraja oleh Raja dan Sultan serta perlambangan oleh raja sehari menjadikan keris sebagai satu senjata Melayu yang unik dan begitu istimewa bagi etnik Melayu di Kepulauan Nusantara khususnya. Keris telah diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara  oleh UNESCO sejak 2005.

Kehebatan pembuatan senjata di Alam Melayu telah direkodkan dalam sejarah negeri Kedah Pada pedang ini terdapat ikon naga dan jentayu yang membuktikan bahawa pedang ini dan banyak pedang para sahabat serta pedang-pedang terbaik datang dari sebelah dunia Timur. Fakta sejarah ini menunjukkan Alam Melayu sudah pun terkenal dengan pembuatan senjata dari besi seperti pedang di satu kawasan antara India dan China yang dikenali sebagai Qal’atau Kalah atau Kedah Tua.

Dokumentasi mengenai persenjataan Melayu boleh didapati di Leiden, Belanda dan juga terdapat di perpustakaan di London yang menghimpunkan manuskrip Melayu lama. Maklumat mengenai persenjataan Melayu dan teknologi pembuatan ini tidak banyak terdedah kepada rakyat di negara ini khususnya

Pameran maya ini boleh diakses di laman sesawang PTAR UiTM Cawangan Melaka di bahagian Vitual Exhibition

Pautan Pameran Maya:  https://melaka.library.uitm.edu.my/virtual-exhibition/481-senjatamelayu

Disediakan oleh: Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply