Kunjung Hormat Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kepada Rektor UiTM Cawangan Melaka: Pengurusan Rekod Universiti

Pada 14 Januari 2022 Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Kunjung Hormat: Pengurusan Rekod Universiti Kepada Rektor UiTM Cawangan Melaka, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini. Program ini dijalankan secara terus atau bersemuka selama 2 jam. Penerangan mengenai pengurusan rekod universiti ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen Othman, Pustakawan, Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka. Program ini merupakan inisiatif PTAR bagi memantapkan Pengurusan Arkib Universiti melalui kerjasama dan komunikasi dua hala antara Perpustakaan dengan pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Objektif program ini juga adalah untuk mempromosi perkhidmatan sedia ada dan yang baharu bagi memastikan Unit Arkib Cawangan dikenali dan diketahui oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang ada di UiTM Cawangan Melaka untuk bekerjasama dalam memantapkan Pengurusan Rekod Universiti di UiTM Cawangan Melaka. Program ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Noor Hayati binti Abu Kassim, Pustakawan Kanan, Puan Maznah binti Maarof, 4 staf dari Unit Arkib dan 2 orang pelajar latihan industri.

Antara perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

  1. Pengenalan Organisasi PTAR UiTM Cawangan Melaka
  2. Pengenalan Unit Arkib Cawangan Melaka
  3. Perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka
  4. Laporan Aktiviti Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka
  5. Isu dan Cabaran Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply