Library News

Konvensyen KIK UiTM 2023

Pada 23 hingga 25 Oktober yang lepas, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2023 bertempat di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Seramai 20 kumpulan telah terpilih dengan jumlah 200 peserta yang telah memenangi pertandingan KIK Peringkat Zon UiTM. Tema KIK pada kali ke 27 ini adalah

Merealisasikan data Taman Melalui Jaminan Kualiti

Acara selama 3 hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM melalui acara simbolik menggunakan peralatan VR.

Melalui program ini PTAR telah membangunkan 1 inovasi baharu iaitu Sistem Penjurian KIK secara atas talian bagi penggantikan kaedah manual (kertas) dan digital Excel. Sistem ini hanya boleh diakses oleh para juri dan moderator KIK sahaja.

Selain itu 2 maklumat sejarah KIK turut dikongsi iaitu sejarah penganjuran KIK UiTM dan sejarah pencapaian Johan KIK UITM. Dokumen KIK kini boleh diakses melalui Repositori Institusi UiTM. Dokumen ini dikumpul dan dimuatnaik ke UiTMIR bagi tujuan ketampakan projek inovasi warga UiTM melalui amalan KIK. 

Maklumat foto boleh diakses melalui pautan berikut:

  1. Foto KIK UiTM 2023
  2. Foto melalui album kongsi para peserta

Juri jemputan kami ini adalah dari

  1. En. Abdul Rahim Abdul Kadir (Ketua Juri), 
    Penolong Pengarah Kastam (Ketua Cawangan FIZ Sg Way), 
    Jabatan Kastam Malaysia
  2. En. Mohd Apandi Aini, 
    Perunding Latihan Kanan, 
    Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  3. Dr. Azlena Haron, 
    Setiausaha Bahagian, 
    Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

manakala juri dalaman terdiri dari En. Husaini Ab Razab, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam), UiTM Cawangan Kelantan dan En. Mohd Risham Jaafar, Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Hal Ehwal Pelajar, UiTM Caw. Pahang

Terima kasih kepada semua para juri, peserta dan jawatankuasa yang terlibat sepnjang program ini berlangsung.

Please publish modules in offcanvas position.