Library News

Webinar Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan

Program webinar taklimat perkhidmatan perpustakaan ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Dengkil bertujuan untuk memberikan maklumat lengkap kepada semua warga universiti mengenai perkhidmatan dan maklumat terkini berkenaan perpustakaan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan perpustakaan dalam kalangan pelajar dan staf serta memberi pendedahan mengenai kemudahan dan sumber yang tersedia untuk menyokong aktiviti akademik mereka. Antara objektif utama pelaksanaan program Webinar Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan ialah :

1. Memberikan taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Dengkil.
2.Meningkatkan kesedaran pelajar dan staf mengenai cara untuk mengakses sumber digital dan fizikal di perpustakaan.
3.Membantu peserta memahami prosedur penggunaan perkhidmatan seperti pinjaman buku, akses kepada pangkalan data, dan penggunaan ruang pembelajaran.
4.Menggalakkan penggunaan perkhidmatan perpustakaan untuk menyokong aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.

Program webinar taklimat perkhidmatan perpustakaan ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Dengkil. Diharapkan dengan adanya program ini, lebih ramai pelajar dan staf akan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber yang ada untuk meningkatkan prestasi akademik mereka. Perpustakaan juga bertekad untuk terus meningkatkan perkhidmatan dan menyediakan sokongan yang berterusan kepada komuniti universiti.

Laporan disediakan oleh: Unit Perkhidmatan
Tarikh: 13 Januari 2025

{gallery}\2025\Dengkil\Taklimatperpustakaan{/gallery}

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.