PERLIS, 3-4 Disember 2024 - Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) telah menganjurkan Pameran E-Book: Demonstrasi E-LIB selama dua hari di Zon Sains Sosial PDJH1, yang berjaya menarik kehadiran seramai 654 peserta.
Program ini bertujuan memperkenalkan E-LIB sebagai pusat sehenti bahan bacaan atas talian untuk pelajar. Sepanjang pameran, demonstrasi penggunaan E-LIB Portal diadakan bagi memberikan panduan praktikal kepada peserta, membantu mereka memanfaatkan portal ini dengan lebih efektif.
Selain itu, maklum balas peserta turut dikumpulkan untuk menambah baik fungsi dan kandungan portal demi memenuhi keperluan pengguna. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai akses digital kepada bahan bacaan, selaras dengan matlamat perpustakaan untuk menyokong pembelajaran secara moden dan inovatif.
Pameran ini mencerminkan komitmen PDJH dalam menjadikan perpustakaan sebagai hab digital yang relevan dan mesra pengguna