Library News

Speaker Corner Membincangkan Isu Kesihatan Mental dan Impak Hujan Lebat

Speaker Corner Membincangkan Isu Kesihatan Mental dan Impak Hujan Lebat

PERLIS, 19 Disember 2024 – Program Lead and Read: Speaker Corner yang berlangsung secara dalam talian melalui Webex pada malam Khamis, 19 Disember 2024, telah menarik seramai 143 peserta. Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, Staf Residen Kolej (SRK), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Perlis.Program ini menampilkan dua pembentang utama, iaitu Nurul Ismahani Ruzaimi dan Nur Hadirah Rashdan, yang membincangkan topik-topik penting yang relevan dengan kehidupan semasa.

Pembentang pertama, Nurul Ismahani Ruzaimi, mengupas tentang "Mental Health", dengan memberi penerangan mengenai maksud kesihatan mental dan cara-cara untuk menjaganya. Beliau menekankan kepentingan menjaga kesejahteraan mental dalam kehidupan seharian, serta berkongsi pelbagai strategi yang boleh membantu individu mengatasi tekanan dan stress, terutamanya dalam kalangan pelajar.

Pembentang kedua, Nur Hadirah Rashdan pula membincangkan tajuk "Hujan Lebat dan Kesannya pada Kehidupan Seharian". Beliau menerangkan bagaimana hujan lebat memberi kesan kepada rutin harian, termasuk masalah banjir, gangguan pengangkutan, dan kesulitan dalam aktiviti harian.

Antara objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan aktiviti berbentuk pembangunan intelektual melalui pembacaan, meningkatkan keyakinan diri dalam berkongsi idea dan pandangan, serta menggerakkan aktiviti galakan membaca bagi melahirkan warga yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu.

Program ini berakhir dengan sambutan yang baik daripada peserta yang menyertai sesi perbincangan dalam talian, menjadikannya satu platform yang efektif untuk menyebarkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental dan hujan lebat secara berterusan.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.