Library News

Kelas Kemahiran Maklumat: LMS302 Easy Write with Microsoft Word

Shah Alam, 4 Disember- Program Kelas Kemahiran Maklumat: LMS 302 𝐸𝑎𝑠𝑦 𝑊𝑟𝑖𝑡𝑒 𝑤𝑖𝑡ℎ 𝑀𝑖𝑐𝑟𝑜𝑠𝑜𝑓𝑡 𝑊𝑜𝑟𝑑 telah berjaya diadakan pada 4 Disember 2024, bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Alam Bina, UiTM Shah Alam. Program ini bertujuan untuk menawarkan satu set alat dan fungsi automatik yang boleh sangat membantu semasa menulis tesis. Daripada modul ini, pelajar dan penyelidik akan mampu menghasilkan draf templat secara sistematik dan cekap dalam menghasilkan tesis yang berkualiti. .

Sepanjang program ini berlangsung, peserta diberi pendedahan menyeluruh mengenai teknik menghasilkan templat draf sifar dan juga memahami format tesis mengikut kesesuaian. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan kehadiran peserta yang aktif dan bersemangat sepanjang sesi. Disamping itu juga, para pelajar yang berjaya menjawab soalan sepanjang sesi soal jawab berlangsung telah diberikan cenderhati oleh pihak PTAR Alam Bina.

       

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.