10 Jamadilakhir 1446H | 12 Disember 2024
PASIR GUDANG - Satu lawatan telah dianjurkan oleh Kolej Vokasional Kota Tinggi ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pasir Gudang. Lawatan yang bermula seawal jam 9.45 pagi ini bertujuan mendedahkan ahli jawatankuasa pusat sumber kolej kepada pelbagai fasiliti serta sistem perpustakaan yang canggih dan terurus.
Perpustakaan Tun Dr. Ismail merupakan salah satu institusi penting di UiTM Pasir Gudang, yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti sistem katalog berkomputer, ruang pembelajaran kolaboratif, serta koleksi bahan bacaan yang pelbagai. Para pelajar dan pensyarah sering menjadikan perpustakaan ini sebagai pusat rujukan akademik utama. Justeru, lawatan ini memberikan peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana sebuah perpustakaan universiti diuruskan dengan efektif.
Seramai 11 orang guru yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Nazri bin Hashim, Pengarah Kolej Vokasional Kota Tinggi terlibat dalam program ini. Mereka diberikan penerangan oleh pustakawan yang berpengalaman, yang menjelaskan fungsi-fungsi utama perpustakaan serta cara penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan bahan bacaan. Selain itu, para peserta juga berpeluang melawat pelbagai bahagian di perpustakaan, termasuk ruang bacaan, bilik komputer, serta kawasan repositori bahan ilmiah.
Lawatan ini telah mencapai matlamatnya dengan memberi pendedahan berguna kepada para guru yang terlibat.
{gallery}/2024/Johor/Photo/Lawatan_KV_Kota_Tinggi{/gallery}