PERLIS, 12 Disember 2024 - Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Perlis telah berjaya menganjurkan program MyKM Tour @Kolej Dahlia 2. Program ini diadakan secara dalam talian melalui platform Webex pada jam 11:00 malam dengan kehadiran seramai 496 peserta.
Program ini menampilkan Cik Nor Azrina Kasim, Pustakawan PDJH, dan Cik Nur Annisa Mat Asri, pelajar latihan industri PDJH, sebagai instruktor. MyKM Tour bertujuan memperkenalkan MyKM Portal sebagai pusat sehenti pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar.
Selain itu, para peserta diberi demonstrasi tentang penggunaan MyKM Portal secara interaktif. Maklum balas peserta turut dikumpulkan bagi menambah baik portal tersebut untuk memenuhi keperluan pengguna. Sebagai penutup, sebuah kuiz diadakan untuk menguji kefahaman peserta mengenai topik yang dibincangkan.
Program ini bukan sahaja memperkasakan pelajar dengan kemahiran menggunakan sumber pembelajaran digital tetapi juga mempromosikan perpustakaan sebagai rakan strategik dalam pembelajaran dan pengajaran.