Library News

Kunjungan Balas Institut Darul Ehsan (IDE) ke PTAR

7 Jun 2024 | 30 Zulkaedah 1445H
 
PTAR telah menerima kunjungan balas dari Institut Darul Ehsan (IDE) bertempat di bilik mesyuarat utama, PTAR UiTM Shah Alam. Pihak IDE telah disambut oleh Ketua Pustakawan UiTM, Ts, Haji Azizi bin Haji Jantan.
Wakil PTAR yang turut hadir:
1. Encik Arshad bin Bujang (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
2. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan)
3. Encik Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan)
4. Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi)
 
Antara perkara yang dibincangkan adalah:
1. Pembangunan repositori penyelidikan selangor IDE oleh PTAR dan penetapan domain
2. Penyediaan Surat Hasrat (Letter of Intent) IDE kepada PTAR untuk mendapatkan kepakaran TOT metadata pembangunan repositori penyelidikan IDE
3. Pelancaran Repositori
4. Kolaborasi strategik IDE dan PTAR ke sekolah-sekolah seluruh Selangor melalui Program Merakyatkan Malaysia MADANI: Membudayakan Literasi Maklumat
5. Pembangunan aplikasi dan dashboard Merakyatkan Malaysia MADANI: Membudayakan Literasi Maklumat (Speed Reading dan Teknik Pencarian Maklumat)
6. Penyediaan sumber rujukan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani (Kenegaraan, Melayu, Perpaduan, Patriotisme)
 
Wakil IDE yang hadir:
1. Encik Khairul Arifin bin Mohd Munir. Pengurus Kanan Penyelidikan IDE
2. Ustaz Mohamad Zulkifli bin Abd Rahman, Eksekutif Penyelidikan Maqasid Syariah IDE
 
Diharap segala perkara yang dirancang, berjalan dengan lancar.
 
{gallery}2024/InstitutDarulEhsan{/gallery} 
 
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.