Gula Dalam Darah : Kawan Atau Musuh?

Event

Title:
Gula Dalam Darah : Kawan Atau Musuh?
When:
Fri, 17. January 2025, 10:00 h - 11:00 h
Where:
PTDI, Johor
Category:
Talk
Gula Dalam Darah : Kawan Atau Musuh?

Description

Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan sebuah sesi perkongsian bertajuk "Gula Dalam Darah: Kawan Atau Musuh?." Sesi ini bertujuan untuk membawa anda mengenali lebih mendalam tentang peranan gula dalam darah, bagaimana ia boleh menjadi "kawan" yang memberi tenaga kepada tubuh kita, tetapi juga bagaimana ia boleh berubah menjadi "musuh" yang membawa kepada penyakit serius seperti diabetes jika tidak dikawal. Melalui penerangan yang mudah difahami, kami akan menjelaskan apa yang menyebabkan paras gula dalam darah meningkat, tanda-tanda awal diabetes, serta cara mencegah dan menguruskan penyakit ini dengan amalan gaya hidup sihat.

Penceramah jemputan, Dr Maryam Hannah Daud, selaku Ketua Program Pengurusan Penjagaan Kesihatan Di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Metropolitan Asia telah menyampaikan penerangan tentang isu-isu semasa berkaitan diabetes serta manfaatnya kepada masyarakat


Sesi perkongsian ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 17 Januari 2025 (Jumaat)
Masa : 10:00 pagi hingga 11:00 pagi
Tempat : Ruang Library Community Engagement (LCE) PTDI, Kampus Pasir Gudang


Pautan siaran langsung : Gula Dalam Darah : Kawan Atau Musuh?
Pautan kehadiran : 


Penceramah :
Dr. Maryam Hannah Binti Daud
Ketua Program Pengurusan Penjagaan Kesihatan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Metropolitan Asia


Moderator :
Cik Nurfarisah Binti Muhamad Farish
Pelajar Latihan Industri PTDI


Semoga seluruh warga UiTM dan para peserta yang menyaksikan program ini dapat memperkasa kefahaman mereka mengenai kepentingan menjaga keseimbangan gula dalam darah demi kesejahteraan hidup yang lebih baik.


Venue

Location:
PTDI, Johor