Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pameran Sejarah & Warisan Haji di Seberang Perai


Pameran Sejarah & Warisan Haji di Seberang Perai
📍 Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang
🗓 2 – 26 Disember 2025

Pameran ini mengetengahkan dapatan kajian penyelidikan Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia bertajuk “Sejarah dan Warisan Haji di Seberang Perai”, yang merungkai perjalanan, tradisi serta khazanah sejarah ibadah haji dalam kalangan masyarakat tempatan.

Projek ini merupakan bahan promosi pelancongan yang dihasilkan melalui Geran Pekan Kecil Seberang Perai: “Levelling Up Seberang Perai”, dengan sokongan dan pembiayaan oleh Think City, sebagai usaha memelihara serta mengangkat warisan sejarah setempat untuk generasi akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Aiza Maslan @ Baharudin (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia) atas kesudian meminjamkan bahan-bahan pameran bagi menjayakan pameran ini.