29 Oktober 2025 – Satu sesi khidmat konsultasi berkaitan penggunaan Mendeley telah dijalankan bagi membantu pelajar memahami kaedah pengurusan rujukan dalam penulisan akademik.
Sesi ini bertujuan memperkenalkan serta memperkukuh kemahiran pelajar dalam menggunakan Mendeley sebagai alat pengurusan rujukan yang lebih sistematik dan efisien dalam aktiviti penyelidikan. Mendeley menawarkan pelbagai fungsi yang memudahkan proses penyusunan, penyimpanan bahan rujukan, serta penjanaan bibliografi secara automatik.
Sepanjang sesi, pelajar telah dibimbing secara praktikal dalam penggunaan fungsi utama seperti pengurusan pustaka digital, pencarian sumber akademik, serta penukaran format rujukan mengikut gaya penulisan seperti APA, MLA, dan Chicago.
Selain itu, sesi konsultasi ini turut memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan bimbingan secara langsung serta menyelesaikan masalah yang sering dihadapi ketika menggunakan Mendeley dalam penyediaan tugasan dan kertas kerja akademik.

