Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pameran Maya Bulan Mei 2026 : Jenayah Kewangan : Semak Sebelum Terpedaya
Pameran ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelbagai bentuk jenayah kewangan seperti penipuan dalam talian, scam pelaburan, penyamaran identiti, pinjaman tidak wujud dan penipuan transaksi digital. Melalui pameran ini, pengunjung dapat mengenali modus operandi penjenayah, mempelajari langkah keselamatan kewangan serta kepentingan menyemak kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang transaksi. Kesedaran dan tindakan berhati-hati mampu melindungi diri serta keluarga daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.
Semoga bermanfaat.??

