Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (Sains dan Teknologi) dengan kerjasama strategik Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) akan menganjurkan:
PROGRAM JELAJAH ILMU – LIBRARY OPEN DAY
Tarikh: 15 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
Lokasi: Actuarial Resource Centre, Tingkat 1, FSKM
Kenapa anda WAJIB hadir?
Kerana ini bukan open day biasa — ini peluang “unlock” potensi akademik dan penyelidikan anda dengan sokongan perpustakaan universiti!
ANTARA AKTIVITI MENARIK:
-
Reruai Bacaan Pantas & Speed Reading Challenge -
Reruai Sumber Rujukan Universiti & Arkib Universiti -
Cari sumber maklumat cara AI -
1-Minute Digital Library Tips menggunakan PERMATA -
Konsultasi penyelidikan & DDMS 2.0 -
Hands-on Penjilidan Ringkas -
Laminating & Comb Binding on-the-spot (berbayar) -
Meet Your PRIME Coordinators -
Pengurusan ID Profil Penyelidik dengan lebih efektif -
Pameran gambar-gambar FSKM
Sesuai untuk pelajar, penyelidik & pensyarah FSKM yang ingin:
Menjimatkan masa cari bahan
Naikkan kualiti tugasan & penyelidikan
Maksimumkan penggunaan sumber digital UiTM
Masuk adalah PERCUMA!
Jom datang beramai-ramai dan alami sendiri bagaimana ilmu diperkasa melalui perpustakaan.
Sekian, terima kasih.
