Tabung Sumbangan Derma Wang Tunai Untuk Kemudahan Perpustakaan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Perpustakaan Universiti Teknologi MARA telah menggariskan satu inisiatif penjanaan pendapatan universiti melalui sumbangan derma wang tunai untuk kemudahan perpustakaan dari warga UiTM serta pihak luar. Sumbangan derma wang tunai ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya membuka peluang kepada orang ramai, orang perseorangan, alumni termasuk warga UiTM untuk turut sama menyumbang bagi menghasilkan pengembangan ilmu dalam bidang pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan demi membina masa depan ilmuan terbilang.

Objektif utama sumbangan derma wang tunai ini adalah:
  • Untuk melengkapkan kemudahan perpustakaan.
  • Untuk membiayai pembelian buku-buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi perpustakaan
  • Menjana pendapatan hasil universiti

 

Klik untuk muat turun BORANG SUMBANGAN

Tags: