27 Jun 2024
Bengkel hari kedua diteruskan dengan agenda Pengemaskinian Fungsi dan Proses Kerja Berdasarkan Pemetaan Punca Kuasa: Akta, Pekeliling, Prosedur, Polisi dan Garis Panduan. Antara perkara yang dilihat adalah dokumen untuk dirujuk di peringkat perpustakaan dan universiti agar lebih sistematik dan menyeluruh. Sesi pembentangan setiap kumpulan berjaya menghasilkan satu dokumen panduan lengkap yang akan disebarluas untuk digunapakai oleh Perpustakaan UiTM.