Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Latest at PTAR

Sukarelawan Perpustakaan : Perjumpaan Ketua Pustakawan Bersama Sukarelawan Perpustakaan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

28 Jun 2024 | 21 Zulhijjah 1445

Alhamdullilah akhirnya hasrat dapat direalisasikan untuk berjumpa dengan mahasiswa UiTM Shah Alam dalam Perjumpaan Ketua Pustakawan Bersama Sukarelawan Perpustakaan jam 8:00 malam sebentar tadi. Sesi eksklusif ini dihadiri 20 orang pelajar yang sudi meluangkan masa mendengar perancangan yang telah diatur oleh Perpustakaan agar penyertaan mereka membawa makna dan nilai. Saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu berkenaan peranan dan fungsi perpustakaan serta pengalaman sepanjang kerjaya sebagai Pustakawan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar. Harapan saya agar inisiatif Sukarelawan Perpustakaan yang sedang giat dijalankan di 39 Perpustakaan UiTM turut menjadi platform alumni untuk menyumbang kembali kepada perpustakaan dan universiti. Saya percaya alumni UiTM akan berminat menjadi Sukarelawan kerana mereka mempunyai pengalaman di kampus yang akan membantu universiti serta komuniti luar. Perpustakaan akan sedaya upaya meraikan sukarelawan kerana mereka sudi menjadi sebahagian dari keluarga kami. Pasti akan ada lebih banyak kelebihan yang kami akan tawarkan kepada Sukarelawan Perpustakaan dalam masa terdekat. Yang pasti, satu kursus intensif untuk mengukuhkan pengetahuan mereka berkenaan perpustakaan akan dianjurkan dalam masa terdekat. Ikhlaslah untuk ilmu, insyaallah peroleh kebaikan. Terima kasih sekali lagi kepada 20 orang mahasiswa UiTM yang menjadi kumpulan pertama menerima Sijil Pelantikan Briged Sukarelawan Perpustakaan hari ini.

 

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian