Wednesday, 17 Muharram 1446
Wednesday, 24 July 2024

Latest at PTAR

Majlis Perasmian Sistem CERDAS

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
14 Jun 2024 | 7 Zulhijjah 1445H

Alhamdulillah, satu lagi kejayaan besar buat PTAR telah tercipta dengan jalinan kolaborasi bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru, Klang dalam pembangunan sistem CERDAS. Bermula Mac 2024, beberapa perbincangan dan pertemuan telah diadakan bagi membantu dan menyediakan platform bagi memudahkan tugasan warga sekolah. Dengan menggunakan kepakaran staf PTAR, maka sistem CERDAS : Capaian Pantas, Perekodan Mudah dan Analisa Bahan Sepunya dapat dihasilkan untuk kegunaan warga sekolah. Majlis ini dimaniskan lagi dengan perasmian oleh Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), YBrs. Prof. Dr. Amer Shakir Zainol di atas pentas dengan gimik perasmian gabungan sekolah dan juga PTAR dalam penghasilan montaj yang sangat menarik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga SK Sungai Binjai di atas kolaborasi ini. Juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima juga kepada semua jemputan yang sudi hadir pada majlis ini. Semoga sistem CERDAS ini memberikan manfaat kepada semua yang menggunakannya. Insya-Allah.
 
 

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian