Friday, 16 Rabi'ulawal 1446
Friday, 20 September 2024

About - Perpustakaan Tun Dr. Ismail

 

KAMPUS SEGAMAT


Perpustakaan telah memulakan perkhidmatannya di Taman Bukit Indah, Bukit Siput pada tahun 1983 dan kemudian telah berpindah ke Segamat Baru pada tahun 1986. Pada tahun 1990 pula telah berpindah di KM12, Jalan Muar – Segamat. Pada pertengahan bulan Mei 1998 pula telah memulakan operasinya di bangunan sendiri dan pada 04 Mei 2005 Perpustakaan UiTM Johor dengan rasminya telah dinamakan ”Perpustakaan Tun Dr. Ismail”. Nama ini telah diambil sempena nama Timbalan Perdana Menteri yang ke 2 iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman. Encik Taufiq bin Tun Dr. Ismail (Anak lelaki Tun Dr. Ismail) telah memberi kebenaran untuk penggunaan nama tersebut.

PTDI kini mempunyai seramai 19 orang staf yang diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan (S48), Puan Mawar Noor binti Abdullah dan tiga orang Pustakawan Kanan (S44) iaitu Pn. Siti Rozana binti Mat Sanat, En. Ahmad Akmal bin Mohd Idris dan Pn. Noredayu binti Rosli .

PTDI 2 mempunyai bangunan dua tingkat di mana keluasan tingkat bawah ialah seluas 22,400 kaki persegi dan tingkat atas seluas 16,000 kaki persegi. Jumlah pengguna yang boleh memasuki PTDI pada satu satu masa ialah seramai 600 orang.

Seiring dengan perkembangan UiTM, pada tahun 2012, PTDI telah menerima satu bangunan baharu yang kini dikenali sebagai PTDI 1. PTDI 1 boleh menempatkan kira-kira 500 orang pada satu-satu masa. Bangunan lama PTDI masih dikekalkan dan dikenali sebagai PTDI 2.


 

KAMPUS PASIR GUDANG


Perpustakaan Tun Dr Ismail, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang pula telah memulakan perkhidmatan nya di Kampus Johor Bahru pada 2 Julai 2007 dan kemudian telah berpindah ke Pasir Gudang pada 4 Mei 2014 tetapi telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun 2014.

Bangunan Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan Dewan Kuliah dan Bangunan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Perpustakaan ini mempunyai seramai 9 orang staf diketuai oleh Ketua Perpustakaan (Pustakawan Kanan), seorang Pustakawan Kanan dan 7 orang Pembantu Pustakawan.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengguna perpustakaan seperti Bilik Belajar 24 Jam, Makmal Komputer, Bilik Seminar, Bilik Audio Visual, Bilik Perbincangan, Ruang Bacaan Santai dan Terbuka. Jumlah pengguna yang boleh memasuki PTDI pada satu satu masa ialah seramai 850 orang.

Organization Chart Perpustakaan Tun Dr. Ismail
About Tun Dr. Ismail

Biodata

     

Nama Penuh

Tarikh Kelahiran 

Asal

Nama Bapa 

Nama Ibu

Nama Isteri 

Bilangan Anak

Nama Anak

Tarikh Meninggal

Tempat Di makam 

Usia Ketika Meninggal 

:

:

:

:

:

:

:

:

Tun Dr. Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman

4 November 1915

Johor Bahru

Dato’ Abdul Rahman Yassin

Zaharah Abu Bakar

Toh Puan Norashikin Seth

6 orang

Mohd Tawfik, Zailah, Badariah, Mohd Tarmizi, Zamakhshari & Mohamed Ariff 

2 Ogos 1973

Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

58 Tahun

 

Pendidikan

  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru.
  • Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, beliau menyambung pelajaran di English College, Johor Bahru (kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar) dan kemudian ke Maktab Perubatan, King Edward VII College of Medicine, Singapura (kini merupakan sebahagian daripada Universiti Nasional Singapura) pada tahun 1935 hingga 1937.
  • Beliau menyambung pengajian ke Australia dan mendapat  Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari Universiti tersebut. 
  • Sekembali ke Tanah Melayu, beliau telah membuka klinik perubatannya sendiri yang terletak di Johor Bahru yang dikenali sebagai Klinik Tawakal dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru.

Sumbangan

  • Dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor tahun 1948 hingga 1954.
  • Menyertai UMNO pada tahun 1951 setelah Dato' Onn Jaafar meletak jawatan dan Tunku Abdul Rahman diangkat sebagai Presiden UMNO.
  • Menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1955.
  • Pada 1956, beliau dilantik sebagai Menteri Tanah, Perlombongan dalam kabinet persediaan Tunku Abdul Rahman.
  • Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1956. 
  • Menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian kali kedua serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara tahun 1960-1967.
  • Sekali lagi telah dilantik sebagai Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri dan bertanggungjawab membantu Tun Abdul Razak meredakan ketegangan dalaman  sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
  • Tun Abdul Razak melantik Tun Dr.Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1971.
  • Memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara.

 

 

Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj pada 2 Ogos 2023

 Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj

 

Sumber Rujukan :

Tags:

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.