Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Ketua Perangkawan Malaysia

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2023 - Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin bertujuan menjalin hubungan kerjasama antara Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Selama sejam, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Haji Azizi bin Haji Jantan telah membentangkan profail PTAR dan prospek kerjasama dihadapan sebelas orang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi kedua belah pihak .

Hadir bersama Tuan Haji Azizi ialah:
Puan Shahidatul Akhmam Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan
Encik Mohd Izwan Salim - Pustakawan Kanan
Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi
Jabatan Perangkaan Malaysia turut diwakili oleh:
Puan Ezatul Nisha Abdul Rahman - Pengarah, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa.
Puan Juniadah Ali - Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan
Encik Herzie Mohamed Nordin - Pengarah, Bahagian Integrasi dan Pengurusan Data
Puan Veronica S. Jamilat - Ketua Penolong Pengarah, Core Team Analitik Data Raya
Encik Anuar Abdul Aziz - Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa


Kunjungan Hormat telah diadakan pada pagi Khamis bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.