Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
JAWATAN KOSONG - JOM MENEROKAI PEKERJAAN PILIHAN ANDA!

JAWATAN KOSONG - JOM MENEROKAI PEKERJAAN PILIHAN ANDA!

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dengan kerjasama PERKESO Negeri Selangor akan mengadakan Program Kerjaya Graduan yang akan diadakan di Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam selama 3 hari bermula 21 hingga 23 Februari 2023 (Selasa-Khamis) dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

PTAR amat mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan untuk bersama-sama menerokai pekerjaan pilihan anda.

Jom membuat pra-pendaftaran di link di bawah:
- Pendaftaran Warga UiTM : https://mobileptar.uitm.edu.my/p4g3s/p4g3s.php?p=023

- Pendaftaran Bukan Warga UiTM/Pelawat : https://bit.ly/PKERJAYAGRADUANUiTM

Maklumat lanjut akan kami kemaskini dari semasa ke semasa di laman sosial dan web perpustakaan. So, stay tuned ok!

Senarai jawatan kosong
http://qr.library.uitm.edu.my/kerjayagraduan

Warga Shah Alam khususnya golongan belia diundang ke Program Kerjaya Graduan UiTM yang akan diadakan di Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Sejumlah 5,353 peluang pekerjaaan ditawarkan oleh tujuh belas industri pelbagai bidang antaranya Proton, UMW, 99 Speedmart, Pizza Hut, Cyberview Resort & Spa dan FACEXPRO.

Individu turut berpeluang menyertai taklimat bersama PERKESO terutama kemudahan caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang baru dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Februari 2023.

Agensi perbankan Maybank turut membuka kaunter buat orang ramai memperoleh maklumat tentang pelbagai perkhidmatan kewangan semasa. Gerai-gerai jualan makanan dan minuman turut disedia sebagai kemudahan buat orang ramai hadir ke program ini nanti.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Urusetia Program: 03-5521 1704 / 011-2092 8005 (WhatsApp Sahaja)

 






senarai jawatan kosong
http://qr.library.uitm.edu.my/kerjayagraduan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Urusetia Program: 03-5521 1704 / 011-2092 8005 (WhatsApp Sahaja)